CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Thursday, April 9, 2009

Karya Kreatif

Sinopsis : Novel Dari Dilema ke Destini merupakan sebuah novel sosio-politik dalam konteks sebuah negara merdeka yang sedang meningkat maju dengan pesatnya dalam bidang ekonomi. Pemikiran di dalam novel ini berusaha memenuhi konsep keadilan melalui tindakan plitik yang menjana perkembangan mental rakyatnya yang berbilang kaum.Jalan-jalan keluar yang menyusuri kekusutan yang melanda nasib rakyat berbilang kaum yang terdiri daripada kaum bumiputera dan kaum bukan-bumiputera menjadi intisari pemikiran dan tindakan yang terpaku kepada usaha mencari keadilan berdasarkan persepsi agihan dan peruntukan yang dapat menyelamatkan setiap bangsa, agama, kepercayaan dan politik mereka dalam kepompong yang sentiasa sengit dan menyengat itu. Pembaca sentiasa dibawa ke arena penghidupan yang kusut sebagai peneliti kebenaran falsafah pemikiran yang terkandung di dalam novel ini

Bahawa walaupun suara-suara tentangan kita tidak mungkin merobohkan sebuah negara gergasi namun, kita adalah orang-orang prihatin terhadap keamanan dan kesejahteraan sejagat. Suara-suara kita bukan untuk menentang Amerika, bukan untuk menetang Britain, dan bukan untuk menentang semua orang yang gila perang tetapi mengajak semua orang melihat apakah kesan peperangan terhadap peradaban dunia. Buku ini memuatkan sekitar 100 puisi keamanan merupakan respons menegakkan hak-hak manusia dan kesejahteraan sejagat. Ia melambangkan perasaan pilu, hiba, geram, marah dan tersentuh oleh tindakan perang dan pencerobohan seumpama ini.

0 comments: