CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Monday, April 6, 2009

tugasan seterusnya...

Pada minggu berikutnya pula, macam biasa lah aku dan kawan-kawan masuk ke kelas sebelum pulku 12. Maklumlah nak tanda tempat. Nanti kalau lambat kena duduk kat belakang. Silap2 kena potong markah huhu.. tapi pada hari tu pensyarah yang masuk mengajar kami bukannya macam biasa Dr. Normaliza tapi Dr. Arba’ie Sujud. Memang pada awal-awal dulu kami telah diperkenalkan dengannya, cuma tak sangka pula yang minggu tu dia masuk mengajar. . Sebenarnya kami dah excited apa pula tugasan saspen minggu ni. Alih-alih dengar kuliah Dr. Arba’ie tentang papan cerita. Ape tu papan cerita? macam mana nak buat, susah ke? Itu la ekspresi aku mula-mula dengar pun macam susah je.. tapi bila Dr. Arba’ie mula terangkan apa itu papan cerita, ia sangat menarik. Barulah aku tahu prosedur menghasilkan sesuatu papan cerita. Kuliah papan cerita ni telah membuka minda aku yang orang bahasa pun sebenarnya boleh terlibat dalam penghasilan seni kreatif seperti majalah ni. Macam Dr. Arba’ie cakap tak semestinya pandai melukis baru kita boleh ceburi bidang ni, tapi kita boleh menyumbang idea dalam penulisan papan cerita dengan menggunaka kepakaran bahsaa yang kita ada bagi menghasilkan satu bentuk cerita yang menarik.

Kuliah hari tu bertambah menarik apabila Dr. telah menunjukkan video berkenaan proses penghasilan majalah. Ia merupakan projek bersama Dr Arba’ie dan kawan-kawannya dalam menghasilkan sebuah majalah yang pada asalanya sebuah hikayat tapi diberi nafas baru dalam bentuk majalah. Daripada situ baru aku tahu, rupanya banyak lagi peluang pekerjaan lain yang boleh kami ceburi. Selama ni aku hanya terfikir yang budak bahasa ni akan kerja di perpustakaan, DBP, jadi editor dan sebagainya. Sebenarnya kita boleh jadi apa sahaja jika kita mahu dan lakukannya dengan bersungguh-sungguh. Di akhir kuliah tu kami diberi tugasan untuk membuat papan cerita, tajuknya berkaitan dengan Tsunami. Kami diarah menggambarkan suasana Tsunami itu dalam bentuk papan cerita dengan teks dan grafik yang sesuai. Walaupun kami baru belajar, aku dan kawan-kawan cuba menghasilkan satu papan cerita dengan mengambil satu insiden yang berlaku di Phuket di mana kejadian Tsunamii disaksikan oleh Pelancong dari tingkat atas hotel. Detik-detik cemas yang berlaku dan bagaimana ombak besar itu memusnahkan harta benda dan nyawa telah kami gambarkan dalam tugasan papan cerita tersebut.

Minggu berikutnya, Dr. Normaliza kembali mengajar kami. Awal-Awal lagi kami dah masuk kelas. Haa.. aku masih ingat lagi, hari tu ada dua tiga orang budak kelas aku yang datang lambat maksudnya lebih daripada pukul 12 tengahari. Emm… mesti dia orang ingat minggu ni Dr. Arba’ie lagi yang ajar. Korang nak tahu apa yang dia orang kena denda? Hehe.. kena reka pantun sacara spontan dan tujukan kepada Dr. Normaliza. Macam-macam la dia orang reka pantun sendiri, tapi ok la isi pantun tu dia orang minta maaf sebab lambat masuk kelas. Selepas semua dah siap berpantun, Dr. mulakan kelas. Aku dah mula berdebar apa pula yang kami kena buat minggu ni? Rupanya kami kena buat build board, papan iklan yang besar kat jalan tu biasanya banyak diletakkan di lebuh raya. Setelah diterangkan dengan jelas oleh Dr. barulah aku faham yang kami kena buat sekuel build board macam iklan yang ada kesinambungannya daripada satu iklan ke satu iklan. Temanya macam biasalah ‘bebas’. Cepat-cepat kami kena fikir dan tulis kat depan, nanti kalau sama dengan kumpulan lain susah pula.

Fikir punya fikir kami bersetuju nak buat papan iklan yang bertemakan “tayar”. Carita pasal tayar, kami kena buat enam papan iklan jadi kami telah berbincang untuk memperkenalkan beberapa jenis tayar yang sesuai digunakan mengikut jenis jalan. Ada yang sesuai untuk jalan lurus, ada pula untuk jalan berbukit, dan ada juga yang sesuai untuk jalan licin. Macam biasa lah syaratnya memang ketat, tak nak kertas tu berkedut langsung, tak nak comot-comot nanti tak diterima. Kami pun sedaya-upaya menyiapkannya dengan seteliti mungkin. Memang masa buat tugasan ni, kami rasa tertekan, nak siapkan suatu hasil yang baik dengan kekangan masa yang singkat. Kadang-kadang tension juga tapi bila difikrkan balik seronok juga buat tugasan camtu..

0 comments: