CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Thursday, April 9, 2009

Tokoh Bahasa


PROF MADYA HJ. ARBAK OTHMAN


Hasil Nurkilan

Sinar Masa


Semiotik dalam Penelitian Puisi


Bunga di Jalan

Karya Kreatif

Sinopsis : Novel Dari Dilema ke Destini merupakan sebuah novel sosio-politik dalam konteks sebuah negara merdeka yang sedang meningkat maju dengan pesatnya dalam bidang ekonomi. Pemikiran di dalam novel ini berusaha memenuhi konsep keadilan melalui tindakan plitik yang menjana perkembangan mental rakyatnya yang berbilang kaum.Jalan-jalan keluar yang menyusuri kekusutan yang melanda nasib rakyat berbilang kaum yang terdiri daripada kaum bumiputera dan kaum bukan-bumiputera menjadi intisari pemikiran dan tindakan yang terpaku kepada usaha mencari keadilan berdasarkan persepsi agihan dan peruntukan yang dapat menyelamatkan setiap bangsa, agama, kepercayaan dan politik mereka dalam kepompong yang sentiasa sengit dan menyengat itu. Pembaca sentiasa dibawa ke arena penghidupan yang kusut sebagai peneliti kebenaran falsafah pemikiran yang terkandung di dalam novel ini

Bahawa walaupun suara-suara tentangan kita tidak mungkin merobohkan sebuah negara gergasi namun, kita adalah orang-orang prihatin terhadap keamanan dan kesejahteraan sejagat. Suara-suara kita bukan untuk menentang Amerika, bukan untuk menetang Britain, dan bukan untuk menentang semua orang yang gila perang tetapi mengajak semua orang melihat apakah kesan peperangan terhadap peradaban dunia. Buku ini memuatkan sekitar 100 puisi keamanan merupakan respons menegakkan hak-hak manusia dan kesejahteraan sejagat. Ia melambangkan perasaan pilu, hiba, geram, marah dan tersentuh oleh tindakan perang dan pencerobohan seumpama ini.

Kursus yang diajar

BBM 3203- FONETIK DAN FONOLOGI
BAHASA MELAYU
BBM 3207 PERKAMUSAN

Monday, April 6, 2009

aku tetap aku..

Nama diberi Najmie Munirah bt Muhammad. Kawan-kawan biasa panggil Najmie @ mie. Aku dilahirkan pada 2 Januari 1986 di rumah nenek aku di Kampung Telok Pasu. Aku ada 3 orang adik-beradik iaitu seorang abang dan seorang kakak. pendek cerita aku ni anak bongsulah. sebenarnya aku teringin juga ada adik tapi takdir telah menentukan aku lah yang paling terakhir diahirkan. Aku mula mendapat pendidikan awal di tabika Kemas di kampung ku seawal 5 tahun. Kemudian masuk ke sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Telok Pasu sampai darjah enam. Waktu kat sekolah rendah aku pernah jadi pustakawan. best juga boleh pinjam banyak buku hehe.. selepas UPSR aku mengikut seorang sepupu yang mengajar di sebuah sekolah agama iatu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Batu Rakit. Sekolah ni jauh dari rumah jadi aku dan sepupu berulang-alik dengan kereta. Semasa aku di tingkatan empat sekolah ini di naik taraf menjadi sekolah berasrama penuh. Semua pelajar di sekolah tersebut diserap masuk ke sekolah baru. Semasa aku di tingkatan lima, sekolah baru yang di beri nama Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit ini mula beroperasi. nak tak nak aku kenalah tinggal di asrama. Itulah buat pertama kalinya aku berpisah dengan keluarga dan tinggal dengan kawan-kawan. pengalaman duduk kat asrama best juga, semua aktiviti telah diatur dan dilakukan bersama-sama. setelah tamat SPM, aku menyambung pelajaran ke tingkatan enam di sekolah harian biasa iatu Sekolah Menengah Kebangsaan Manir. Sekolah ni dekat sahaja dengan rumah aku, hari-hari aku berulang dengan motorsikal ke sekolah. Semasa aku di tingkatan enam, aku telah dilantik manjadi pengawas sekolah. kena jadi pelajar skema lah. Walaupaun tak lama bersekolah di situ tapi aku punyai pengalaman pahit manis bersama kawaan-kawan. Dengan keputusan STPM aku berjaya diterima masuk ke Universiti Putra Malaysia dengan tawaran Program Bac Sas (Bahasa & Linguistik Melayu). Selama tiga tahun aku belajar di UPM, aku tinggal di Kolej Tun Dr. Ismail. Sebagai mahasiswa pelbagai pengalaman suka duka ditempuhi dalam memenuhi tuntutan pelajaran. tugasan, di samping menyertai program -program kolej. Walaupun begitu, setiap detik yang ku lalui sangat manis untuk dikenang. Aku tidak akan lupa sampai bila-bila..

Siapa Dr. Arbak Othman???



Arbak Othman dilahirkan pada 10 haribulan Februari tahun 1944 di kampung Sebatu, Melaka. Beliua melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya pada tahun1970 hingga tahun 1973. Pada masa itu, beliau dianugerahi Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Linguistik Tulen. Beliau meneruskan pengajian pada peringkat Sarjana Sastera dan berjaya lulus Ijazah Sarjana Sastera pada tahun 1978. Sekarang ini, beliau bertugas sebagai pensyarah dan menjawat jawatan Profesor Madya di Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor. Hobi utama beliau ialah mendeklamasi puisi, mencipta puisi dan lirik lagu, menonton



Penglibatan

  • Panel Hakim Penilai Hadiah Karya Kencana 2003, Dewan Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur.
  • Menerima undangan sebagai penulis pengkritik karya puisi penyair-penyair tanah air: Yang terkenal dan Yang baru.
  • Pengerusi Forum Mutiara Pelita Bahasa: Mengungkapkan Jasa-jasa Za’ba dalam bidang kebahasaan, budaya dan agama demi negara pada tahun 2003.
  • Pemudah Cara bengkel Bahasa Dan Karya Kreatif yang diadakan di Corus Paradise Resort, Port Dickson, anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka.
  • Hakim untuk beberapa pertandingan Sayembara dan Deklamasi puisi di UPM, Serdang sepanjang tahun 2000 hingga 2004.
  • Ahli bahasa yang sering diundang oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka bagi membincangkan masalah nahu Melayu yang timbul dari semasa ke semasa.
  • Pakar Bahasa Jawatan Istilah untuk Peristilahan Bahasa Melayu dalam bidang Fizik, Kimia, Penerbitan dan Penyiaran, Bahasa dan Kesusasteraan sejak tahun 1987 hingga tahun 2000.
  • Pengkaji pakar dalam projek Kajian Dan Karya Lengkap Muhammad Yassin Makmor (pungguk) tajaan Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.
  • Panel Hakim Hadiah Sastera Utusan Melayu tahun 2004/2005.
  • Panel Hakim Hadiah Kencana 2004/2005 Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.