Satu lagi tugasan penting, yang kami kena buat iaitu membuat lawatan amal ke rumah anak yatim dan mempersembahkannya dalam bentuk multimedia kepada Dr. di dalam kelas. Masa buat tugasan ni, aku memang tak boleh lupa. Pengalaman bersama anak yatim merupakan saat manis yang akan ku kenang sampai bila-bila. Aku dan kawan-kawan (wonderpets) bersama kumpulan Phoenix telah memilih Kompleks Kebajikan Rukaiyah di Bangi sebagai tempat kami lakukan tugasan tersebut. Penghuninya seramai 23 orang iaitu 8 orang lelaki dan 15 orang perempuan. Mereka yang tinggal di sini lingkungan 9 hingga 15 tahun. Kedatangan kami disambut dengan senyuman manis kanak-kanak ni.
Aku dan kawan-kawan telah mengatur beberapa aktiviti sepanjang hari tersebut. Antaranya senaman pagi , gotong royong, latihan tatabahasa, latihan dalam kumpulan (LDK), persembahan multimedia, dan sebagainya. Program kami dimulakan dengan senaman pagi bersama-sama. Kami semua berada di hadapan dan menunjukkan cara senaman manakala kanak-kanak ini mengikutnya. Setelah selesai bersenam, aktiviti diteruskan dengan gotong-royong membersihkan kawasan kompleks tersebut. Kami telah membahagikan kawasan supaya aktiviti ini berjalan dengan lancar. Aku dan kawan ditugaskan membersih di kawasan ampaian kompleks tersebut. Kami sama-sama mencabut rumput dan membersihkan kawasan tersebut. Huh dah penat gotong-royong kita rehat kejap minum pagi. Pada hari tu kami telah menyediakan roti beserta air mineral untuk mereka.
Sepanjang kami melakukan aktiviti bersama, aku dapat lihat terpancar kegembiraan pada wajah mereka. Aku masih ingat lagi, waktu membentangkan hasil kerja kumpulan, mereka juga turut mempersembahakan satu “cheers kepada kami. Tak sangka pula kanak-kanak daripada kumpulan aku mendapat tepukan gemuruh ketika mempersembahkannya. Pada hari tu, semua yang kami rancang berjalan dengan lancar. Begitu juga ketika kami memberi latihan tatabahasa kepada mereka. Aku cuba sedaya upaya berkongsi ilmu denga mereka, dan kanak-kanak ini memberi respon yang baik kepada kami. Sebelum pulang, kami memberikan sedikit cenderamata kepada mereka sebagi tanda penghargaan membantu kami menjalankan program tersebut. Aku sangat gembira dapat meluangkan masa dengan mereka. Sebagai tanda kenang-kenangan kami bergambar bersama. Pengalaman lawatan ke Kompleks Rukaiyah ni memberi seribu makna pada aku. Detik-detik bersama mereka sangat manis untuk dikenang.
Sebenarnya aku pun senasib dengan dia orang juga, anak yatim tapi Alhamdulillah mak aku masih mampu lagi menjaga aku adik-beradik dengan baik. Aku bersyukur sangat ada seorang ibu yang begitu tabah membesarkan kami walaupun tanpa insan yang bergelar suami. Aku lah yang membesar tanpa kasih sayang seorang ayah berbanding dengan abang dan kakakku. Mereka sempat juga menikmatinya, tapi aku masih kecil pada ketika itu dan tidak mengerti apa-apa. Namun aku berbangga dengan semangat ibuku yang bagitu cekal mendidik kami dan tidak pula menghantar kami ke kompleks kebajkan seumpama ni. Berkat usahanya, kami berjaya dididik dengan baik. InsyaAllah aku akan cuba sedaya upaya membalas jasanya. Walaupan aku tahu, tidak ternilai pengorbanan yang telah dilakukan sepanjang hidup ku.
0 comments:
Post a Comment