CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Monday, April 6, 2009

tugasan demi tugasan...

Minggu berikutnya, kami diberikan tugasan yang kedua iaitu menghasilkan sebuah karangan berdasarkan tajuk yang dibagi menggunakan idea sendiri tanpa ciplak daripada mana-mana sumber rujukan. Pada mulanya kumpulan aku dapat tajuk yang agak susah berkenaan permainan congkak. Macam susahlah nak kaitkan permainan tradisional tu dengan multimedia. Namun, akhirnya kami dapat ahli baru. Dr yang suruh dia masuk kumpulan kami menjadikan ahli kumpulan Wonderpets seramai 6 orang. Kebetulan pula dia dapat tajuk berkenaan permainan komputer di kalangan kanak-kanak 6 tahun. Em.. tajuk ni ok sikit ada lah kena mengena dengan multimedia. Kami dikehendaki menyiapkan karangan ni dalam masa kelas tu juga sebanyak 8 helai. Aku ingat lagi Dr. cakap kumpulan yang lambat submit tugasan daripada tempoh yang diberi, tidak akan diterima lagi. Aku dan kawan-kawan sedaya-upaya berkongsi idea dan bekerjasama menyiapkannya secepat mungkin. Selepas tu kami diarahakan submit tugasan tersebut melalui e-mailnya. Aku dan kawan-kwan bergegas ke komputer untuk menghantarnya. Malangnya, pada minggu seterusnya, kami mendapat tahu yang tugasan kumpulan kami tidak sampai pada Dr. Aku dah kecut perut ni. Kenapalah tak sampai dah berapa kali kami cek selepas hantar hari tu.. Tapi apa lagi nak di kata Dr lebih berkuasa. Nasib baik lah Dr bagi peluang kami hantar semula tugasan tu. Balik je daripada kelasnya, aku terus menerpa laptop dan cuba hantar semula tugasan kami kepada Dr. secepat mungkin. Akhirnya terhantar juga tugasan kami tu. Mungkin ada kesilapan teknikal masa kami hantar sebelum tu. Maklumlah dalam keadaan tergesa-gesa mana nak fikir lain lagi. Kalut semacam huhu


Hari ini seperti biasa tepat jam 12 tengahari, aku dan kawan-kawan mengikuti kelas ‘bahasa dalam multimedia’. Setiap kali kelas Dr, aku tertanya-tanya apakah pula tugasan yang Dr, suruh buat hari ini. Setelah bereka-teki, akhirnya persoalan dalam fikiran aku terjawab. Hari ini kami diberikan tugasan untuk melakukan aktiviti diluar bilik kuliah. Kami dikehendaki mengambil gambar dengan pose-pose yang menarik tapi ada kaitan dengan simpulan bahasa. Kami pun keluar sekeliling fakulti untuk mengambil gambar dengan pose-pose yang menarik. Macam-macam ragam ahli kumpulan aku dalam menghasilkan pose-pose yang menarik. Yang paling aku tak boleh lupa masa kami nak buat asalah satu simpulan bahsa iaitu “ sudah jatuh di timpa tangga”. Seorang ahli kumpulan aku telah mengayakannya dengan baik tetapi yang kelakarnya orang jatuh tangga boleh senyum hehe.. Selain tu kami ada juga buat peribahasa yang lain seperti, ulat buku, cakar ayam, bagai anjing dengan kucing. Em.. pasal peribahasa ni pula aku tak sangka betul yang gambar kandid aku dengan geng ‘ wonderpets’ boleh dijadikan peribahasa tu.. tapi bila diperhatikan balik sesuai juga coz time tu aku macam tengah gaduh dengan dia padahal tak tak pun huhu. Setelah segalanya selesai, kami dikehendaki mempersembahkan kepada kawan-kawan dalam bentuk power point selama tujuh minit. Masa nak persembahkan tu memenga kami semuaberdebar, takut2 tak keluar lagu ke, tapi Alhamdulillah semunya berjalan dengan lancar.

Minggu berikutnya, kami diberi tugasan untuk membuat e-majalah. Macam biasalah temanya bebas tapi Dr. tak nak kami tiru yang dah ada kat mana-mana, maksudnya idea sendirilah. Kami dikehendaki mereka bentuk satu majalah yang siap dengan, grafik, tekas dan diwarnakan dalam masa yang ditetapkan. Huh.. tertekan lagi kali ni banyak tu sepuluh halaman.Memang setiap kali buat tugasan kelas ni aku dan kawan-kawan berasa tertekan. Bukan apa kami kena siapkan semuanya dalam masa kelas tu juga. Em sebut sahaja lukisan aku memang buta seni, bab2 melukis ni aku tak pandai, setakat lukis orang lidi tu bolehlah. Tapi memandangkan masa yang diberi bagitu singkat, aku cuba lah lukis juga sambil bagi idea kat kawan-kawan lain. untuk memudahkan kerja kami membahagikan tugasan kepada beberapa bahagian, ada yang lukis gambar, ada yang mewarna. Aku suka bab warna-warna ni.. bolehla juga daripada melukis tadi. Opps lupa aku nak cakap kami pilih tema perkahwinan. Nampak kawan-kawan aku suka sangat nak buat tema ni, ak tak kisah janji tugasan dapat disiapkan.

Aku ingat lagi, masa buat tugasan ni semuanya tak sempat siapkan masa di dalam kelas, jadi Dr telah menambah masa, boleh hantar pada pukul 2.10 di biliknya. Keluar sahaja kelas, kami terus menyerbu latar siswa untuk menyambung tugsanan tersebut dan menyiapkannya secepat mungkin. Akhirnya kumpulan aku berjaya menyiapkannya dan cepat-cepat meluru ke bilik Dr untuk menghantarnya. Berdebar juga takut kena komen teruk, tetapi nasib baik la dia tak marah malah dia cakap’ em.. boleh pun buat”.. pada ketika tu barulah kami rasa lega.

Huh.. setiap kali habis kelas multimedia, aku rasa satu kepuasan seolah-olah baru terlepas daripada satu bebanan. Aku rasa kawan-kawan pun mesti rasa cmtu kan… Namun di sebalik semua ini aku sentiasa berfikir yang sebenarnya kita mampu buat sesuatu jika kita betul –betul lakukannya. Walaupun masa yang diberi agak singkat tapi dengan kerjasama sesama ahli kumpulan, tugasan itu dapat dijayakan juga.

Memang pada mulanya aku sendiri tak percaya bagaimana nak siapkan e-majalah yang ada banyak halaman yang semuanya kena ada grafik dan warna. Dalam fikiranku, sempat ke nak buat semua ni?? Macam mana nak buat dalam masa singkat? Macam-macam aku fikrkan tentang tugasan ni. Namun apabila aku dan kawan-kawan bekerjasama bertungkus lumus berkongsi idea dan pendapat, akhirnya kami berjaya juga mengsilakan satu e-majalah. Walaupun tidak lah sempurna sangat tapi ia sudah memenui syarat-syarat yang dikehendaki.

0 comments: