Thursday, April 9, 2009
Karya Kreatif
Posted by miey at 3:04 AM 0 comments
Kursus yang diajar
BBM 3203- FONETIK DAN FONOLOGI
BAHASA MELAYU
BBM 3207 PERKAMUSAN
Posted by miey at 2:56 AM 0 comments
Monday, April 6, 2009
aku tetap aku..
Nama diberi Najmie Munirah bt Muhammad. Kawan-kawan biasa panggil Najmie @ mie. Aku dilahirkan pada 2 Januari 1986 di rumah nenek aku di Kampung Telok Pasu. Aku ada 3 orang adik-beradik iaitu seorang abang dan seorang kakak. pendek cerita aku ni anak bongsulah. sebenarnya aku teringin juga ada adik tapi takdir telah menentukan aku lah yang paling terakhir diahirkan. Aku mula mendapat pendidikan awal di tabika Kemas di kampung ku seawal 5 tahun. Kemudian masuk ke sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Telok Pasu sampai darjah enam. Waktu kat sekolah rendah aku pernah jadi pustakawan. best juga boleh pinjam banyak buku hehe.. selepas UPSR aku mengikut seorang sepupu yang mengajar di sebuah sekolah agama iatu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Batu Rakit. Sekolah ni jauh dari rumah jadi aku dan sepupu berulang-alik dengan kereta. Semasa aku di tingkatan empat sekolah ini di naik taraf menjadi sekolah berasrama penuh. Semua pelajar di sekolah tersebut diserap masuk ke sekolah baru. Semasa aku di tingkatan lima, sekolah baru yang di beri nama Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit ini mula beroperasi. nak tak nak aku kenalah tinggal di asrama. Itulah buat pertama kalinya aku berpisah dengan keluarga dan tinggal dengan kawan-kawan. pengalaman duduk kat asrama best juga, semua aktiviti telah diatur dan dilakukan bersama-sama. setelah tamat SPM, aku menyambung pelajaran ke tingkatan enam di sekolah harian biasa iatu Sekolah Menengah Kebangsaan Manir. Sekolah ni dekat sahaja dengan rumah aku, hari-hari aku berulang dengan motorsikal ke sekolah. Semasa aku di tingkatan enam, aku telah dilantik manjadi pengawas sekolah. kena jadi pelajar skema lah. Walaupaun tak lama bersekolah di situ tapi aku punyai pengalaman pahit manis bersama kawaan-kawan. Dengan keputusan STPM aku berjaya diterima masuk ke Universiti Putra Malaysia dengan tawaran Program Bac Sas (Bahasa & Linguistik Melayu). Selama tiga tahun aku belajar di UPM, aku tinggal di Kolej Tun Dr. Ismail. Sebagai mahasiswa pelbagai pengalaman suka duka ditempuhi dalam memenuhi tuntutan pelajaran. tugasan, di samping menyertai program -program kolej. Walaupun begitu, setiap detik yang ku lalui sangat manis untuk dikenang. Aku tidak akan lupa sampai bila-bila..
Posted by miey at 9:18 PM 0 comments
Siapa Dr. Arbak Othman???
Arbak Othman dilahirkan pada 10 haribulan Februari tahun 1944 di kampung Sebatu, Melaka. Beliua melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya pada tahun1970 hingga tahun 1973. Pada masa itu, beliau dianugerahi Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Linguistik Tulen. Beliau meneruskan pengajian pada peringkat Sarjana Sastera dan berjaya lulus Ijazah Sarjana Sastera pada tahun 1978. Sekarang ini, beliau bertugas sebagai pensyarah dan menjawat jawatan Profesor Madya di Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor. Hobi utama beliau ialah mendeklamasi puisi, mencipta puisi dan lirik lagu, menonton
Posted by miey at 9:04 PM 0 comments
Penglibatan
- Panel Hakim Penilai Hadiah Karya Kencana 2003, Dewan Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur.
- Menerima undangan sebagai penulis pengkritik karya puisi penyair-penyair tanah air: Yang terkenal dan Yang baru.
- Pengerusi Forum Mutiara Pelita Bahasa: Mengungkapkan Jasa-jasa Za’ba dalam bidang kebahasaan, budaya dan agama demi negara pada tahun 2003.
- Pemudah Cara bengkel Bahasa Dan Karya Kreatif yang diadakan di Corus Paradise Resort, Port Dickson, anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka.
- Hakim untuk beberapa pertandingan Sayembara dan Deklamasi puisi di UPM, Serdang sepanjang tahun 2000 hingga 2004.
- Ahli bahasa yang sering diundang oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka bagi membincangkan masalah nahu Melayu yang timbul dari semasa ke semasa.
- Pakar Bahasa Jawatan Istilah untuk Peristilahan Bahasa Melayu dalam bidang Fizik, Kimia, Penerbitan dan Penyiaran, Bahasa dan Kesusasteraan sejak tahun 1987 hingga tahun 2000.
- Pengkaji pakar dalam projek Kajian Dan Karya Lengkap Muhammad Yassin Makmor (pungguk) tajaan Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.
- Panel Hakim Hadiah Sastera Utusan Melayu tahun 2004/2005.
- Panel Hakim Hadiah Kencana 2004/2005 Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Posted by miey at 9:02 PM 0 comments
Hasil karya
Beliau juga menghasilkan antologi puisi pertama yang berjudul Peta Cinta yang diterbitkan oleh Penerbit Pustaka Nusa pada tahun 2001. Penerbit tersebut juga telah menerbitkan sebuah lagi antologi puisi remaja yang dihasilkan oleh beliau yang berjudul Bunga Di Jalan pada tahun 2003, Sinar Masa (2004), Sketsa Kehidupan (2005), Suara Gundah Di Bumi Basah (2006) dan Luka Mimpi (2007).
Beliau juga menulis novel. Novel yang berjudul Dari Dilema Ke Destinasi merupakan novel yang pertama yang diterbitkan oleh Penerbit Pustaka Nusa pada tahun 2002. Arbak juga menulis puisi dan rencana ilmiah, termasuklah penglibatan dalam kegiatan sastera tanahair yang dianjurkan oleh beberapa pertubuhan penulis seperti Pena, Gapena dan Persatuan Linguistik Malaysia.
Posted by miey at 9:01 PM 0 comments
Artikel dan rencana
Artikel dan rencana yang ditulis oleh beliau sebanyak 156 buah. Kebanyakannya tertumpu pada bidang linguistik dan tatabahasa. Arbak Othman juga mengaplikasi konsep teori linguistik dalam pemngajaran bahasa Melayu, termasuklah teori perkamusan. Akhir-akhir ini, beliau terlibat dengan kajian dan kritikan puisi yang dibuat berdasarkan kecenderungan linguistik-semiotik. Beberapa daripada kajian dan kritikan tersebut diterbitkan dalam Jurnal Dewan Sastera, Jurnal Dewan Bahasa, Malalah Pangsura (Malaysia-Indonesia-Brunei), Jurnal Bahasa, Majalah Akar, Malajah Pemikir (Utusan Melayu Press), majalah Wadah di Sabah, Akhbar Utusan Malaysia/ Mingguan Malaysia, Berita Harian/ Berita Minggu dan lain-lain.
Posted by miey at 8:59 PM 0 comments
Sumbangan
Antara sumbangan beliau ialah mengahasilkan 10 buah buku akademik dalam bidang Linguistik dan Tatabahasa seperti buku yang berjudul Pengantar Linguistik, Teori Linguistik, Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu, Pengantar Linguistik Am (bersama Dr. Ahmad Mahmood Musanif) dan Teori Perkamusan (Leksigografi) yang ditulis untuk kegunaan pelajar-pelajar di unuversiti tempatan. Tatabahasa Bahasa Malaysia diterbitkan pada tahun 1981 oleh penerbit Sarjana Enterprise dan Mengajar Tatabahasa oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1987. Beliua juga menghasilkan sebuah Kamus Bahasa Melayu yang diterbitkan oleh Fajar Bakti dan lapan buah buku lain untuk kegunaan pelajar sekolah menengah dan pembaca awam. Buku Nahu Bahasa Melayu, Imbuhan Bahasa Melayu dan Cara-Cara mempelajari Bahasa Melayu telah diterbitkan oleh Fajar Bakti pada tahun 1985 dan buku yang berjudul Pengantar Sintaksis yang diterbitkan oleh Sarjana Enterprise pada tahun 1989.
Posted by miey at 8:54 PM 0 comments
Anugerah
Pernah memenangi Hadiah Sastera 2001 Kumpulan Utusan dalam kategori Sajak ( Hadiah Utama) 4 julai 2002 dan Hadiah Sastera Perdana Dewan Bahasa dan Pustaka dalam ketegori kritikan sastera bagi tahun 2001/2002. Bulan Mei 2004, penulis memenangi Anugerah hadiah Sastera kumpulan Utusan bagi ketegori hadiah Utama kajian Sastera 2003. memenangi hadiah rencetan ketegori esei kritikan, anjuran DBP
Posted by miey at 8:52 PM 0 comments
Aktiviti terkini...
Beliau terlibat dalam bidang telaah teori sastera melalui pembacaan, penasihatan dan teguran daripada pakar-pakar dan para sarjana sastera tanah air yang sudi meluangkan masa untuk menyumbang dan membantu. Kesan daripada usaha tersebut, beliau dapat menerbitkan benerapa buah esei kritikan puisi dalam majalah tempatan, terutamanya dalam Dewan Sastera, DBP. Baru-baru ini, beliau telah berjaya menghasilkan sebuah buku kritikan puisi yang berjudul Semiotik Dalam Penelitian Puisi yang diterbitkan oleh Citra Kurnia Enterprise, Seri Kembangan, Selangor.
Sekarang ini, beliau terlibat sebagai ahli Panel Hakim hadiah sastera Utusan-Exxon Mobil dan Panel Hakim Hadiah Sastera Negeri sembilan (PEN). Beliau juga sering diundang untuk membuat kajian dan penyelidikan untuk analisis antologi puisi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka daripada berbagai-bagai cawanagn (Selatan, Pantai Timur dan Selatan Semenanjung Malaysia). Penyelidikan yang terakhir belaiu ialah Nahu Minimalis dan Penerapannya dalam bahasa Melayu. Dalam bidang pengembangan aplikasi linguistik, belaiu berhasil menerbitkan tiga buah kamus terbitan Penerbit Oxford Fajar. Judul ketiga-tiga kamus itu ialah Kamus Pelajar Fajar Bakti (2000-2004), Kamus Komprehensif Bahasa Melayu (2005/2006) dan Kamus Pelajar KBSR (2007). Beliau juga menghasilkan buku Puisi, Penyair dan Kreativiti (bersama Lim Swee Tin) 2007 dan Semiotik (2008) yang diterbitkan oleh Citra Kurnia Seri Kembangan, Selangor,
Posted by miey at 8:51 PM 0 comments
"Ketika dan Kalimat"
aku dan kelas multimedia
Last sem aku kat upm ni, aku ambil lima subjek. Semuanya 17 kredit. Dalam subjek-sujek tu, termasuklah subjek BBM 3410 iaitu subjek Bahasa dalam Multimedia. Menarik je nama subjek ni, aku pun ade dengar cerita daripada senior yang kita orang kena buat kalendar nanti. Rasa macam tak sabar pula nak belajar subjek ni..
Hari ini merupakan hari pertama aku mengikuti kelas ini. Semuanya masuk ke kelas beberapa minit sebelum kelas bermula, maklumlah semangat nak belajar subjek baru.. tiba-tiba keadaan yang riuh rendah bertukar sepi apabila dua orang pensyarah masuk ked lam kelas. Kami tertanya-tanya kenapa dua orang pensyarah yang masuk kelas kami dalam satu masa. Adakah kedua-duanya akan mengajar kami? Aku masih tertanya-tanya, sehinggalah kami diberitahu yang mereka akan mengajar kami mengikut bidang masing-masing. Dr.Normaliza mempunyai kepakaran dalam bahasa dalam multimedia, manakala Dr.Arbaei Sujud pula mempunyai kepakaran dalam membuat papan cerita. Jadi, mereka akan mengajar mengikut kepakaran masing-masing. Apabila sampai bab papan cerita nanti, Dr. Arbaei Sujud akan mengajar kami tentan proses membut papan cerita dengan panjang lebarnya . sepanjang kelas hari ini kami hanya dijelaskan tentang sinopsis pembelajaran subjek Bahasa dalam Multimedia.
Subjek multimedia ini mempunyai dua bahagian iaitu praktikal dan tutor. Waktu kuliah aku dan kawan-kawan belajar dnegan Dr. Normaliza. Manalaka kelas tutor kami diajar oleh tutor dari luar UPM. Kelas tutor ini dipecahkan kepada 3 kumpulan iaitu kumpulan 1 kelasnya pada hari Rabu bermula pukul 8 hingga 10 malam, kumpulan 2 kelasnya pada hari Khamis bermula pukul 5 hinga 7 malam dan kumpulan 3 juga pada hari khamis yanag bermula pukul 8 hingga sepuluh malam. Aku masuk kela tutor kumpulan 2 yang bermula pukul 5 hingga 7 malam. Aku dan kawan-kawan pilih hari khamis kerana sebelum tu aku memang ada kelas kat fakulti dari pukul 2hingga 4 petang. Jadi boleh terus duduk kat situ.
Posted by miey at 8:46 PM 0 comments
Bermulanya tugasan...
Setelah beberapa minggu mengikuti kelas ini, hanya Tuhan yang tahu perasaan aku. Boleh katakan aku sentiasa berada dalam tekanan. Aku dan kawan-kawan sentiasa diberi kerja yang perlu disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan, hanya dalam masa beberapa jam sahaja kami perlu menyiapkan tugasan yang diberikan. Hanya Tuhan saja yang tahu perasaan aku ketika itu. Memang cara mengajar Dr. Normaliza berbeza dengan pensyarah-pensyrah yang aku pernah belajar sebelum ni. Dalam kelas tu, semua pelajarnya telah dibahagikan kumpulan antara 5 hingga 6 orang dalam satu kumulan sepanjang mengikuti kelasnya. Di dalam kumpulan itu lah kami perlu menyiapkan segala tugasan yang diberi. Andainya seorang ahli kumpulan bermasalah atau tidak hadir waktu kelasnya, markah kumpulan itu akan dipotong. Dr mahukan kami melakukan tugasan dalam tekanan. Alasannya cukup mudah, supaya kami dapat membiasakan diri bekerja dalam tekanan apabila sudah berada di dunia pekerjaan kelak. Jadi dia cuba adaptasikan cara bekerja dalam tekanan agar kami terbiasa. Namun pada masa itu aku langsung tidak berfikir kebaikannya malah tertanya-taya kenapa perlu buat semua ni?? semuanya jadi tertekan setiap kali menyiapkan tugasan yang diberi.
Kumpulan aku diberi nama Wonderpets. Semua orang tahu kartun ‘Wonderpets’ yang famous dengan lagunya “apa yang penting kerjasama”. Asalnya kawan-kawan aku saja berseloroh nak guna nama tu, rupanya kekal sampai sekarang. Tapi bila difikir-fikirkan balik, sesuai juga dengan ‘trademark tu. Memang setiap ahli kumpulan kita perlu bekerjasama supaya kita teguh sebagai satu kumpulan dalam mengharungi apa saja cabaran dan rintangan. Selain kumpulan aku (wonderpets), ade juga nama kumpulan yang lain yang mengambil nama sempena kartun seperti Shin Chan. Macam-macam nama kumpulan kami letakkan. Antaranya, Phoenix, Appolo, Gema genderang, al-Najjah, single is better, Broadcaster, Lestary, Kami, Empat, Duo, Dlima dan sebagainya.
Pada minggu pertama, tanpa Dr. Normaliza memberitahu apa yang hendak diajarkan, dia menyuruh kami menyediakan bahan-bahan keperluan untuk tugasan yang pertama. Antara bahan-bahannya ialah enam keping mounting board, gam uhu stick, reben, majalah, gunting dan alat tulis. Kami hanya mengikut kehendaknya dengan membawa semua bahan-bahan tersebut. Rupanya minggu tu kami diajarkan asas grafik. Asas grafik iaitu teks, mudah, sesuai, warna, dan seimbang. Setelah memberi penjelasan dan menunjukkan contoh, kami diaraha kan supaya membuat tugasan tersebut dalam masa yang ditetapkan. Tugasannya nampak mudah tapi dia sangat teliti dalam hasil kerjanya. Dia teah menetapkan beberapa syarat ketika menyiapkan tugasan tersebut. Untuk tugasan asas grafik ni, aku dan kawan-kawan diarahkan mencari gambar yang mengandungi elemen asas grafik dan mengguntingnya dengan kemas dan teliti. Aku dan kawan-kwan cuba menghasilkan yang terbaik dengan mneliti setiap helain sebelum menyerahkan tugasan tersebut kepada Dr.
Posted by miey at 8:43 PM 0 comments
tugasan demi tugasan...
Minggu berikutnya, kami diberikan tugasan yang kedua iaitu menghasilkan sebuah karangan berdasarkan tajuk yang dibagi menggunakan idea sendiri tanpa ciplak daripada mana-mana sumber rujukan. Pada mulanya kumpulan aku dapat tajuk yang agak susah berkenaan permainan congkak. Macam susahlah nak kaitkan permainan tradisional tu dengan multimedia. Namun, akhirnya kami dapat ahli baru. Dr yang suruh dia masuk kumpulan kami menjadikan ahli kumpulan Wonderpets seramai 6 orang. Kebetulan pula dia dapat tajuk berkenaan permainan komputer di kalangan kanak-kanak 6 tahun. Em.. tajuk ni ok sikit ada lah kena mengena dengan multimedia. Kami dikehendaki menyiapkan karangan ni dalam masa kelas tu juga sebanyak 8 helai. Aku ingat lagi Dr. cakap kumpulan yang lambat submit tugasan daripada tempoh yang diberi, tidak akan diterima lagi. Aku dan kawan-kawan sedaya-upaya berkongsi idea dan bekerjasama menyiapkannya secepat mungkin. Selepas tu kami diarahakan submit tugasan tersebut melalui e-mailnya. Aku dan kawan-kwan bergegas ke komputer untuk menghantarnya. Malangnya, pada minggu seterusnya, kami mendapat tahu yang tugasan kumpulan kami tidak sampai pada Dr. Aku dah kecut perut ni. Kenapalah tak sampai dah berapa kali kami cek selepas hantar hari tu.. Tapi apa lagi nak di kata Dr lebih berkuasa. Nasib baik lah Dr bagi peluang kami hantar semula tugasan tu. Balik je daripada kelasnya, aku terus menerpa laptop dan cuba hantar semula tugasan kami kepada Dr. secepat mungkin. Akhirnya terhantar juga tugasan kami tu. Mungkin ada kesilapan teknikal masa kami hantar sebelum tu. Maklumlah dalam keadaan tergesa-gesa mana nak fikir lain lagi. Kalut semacam huhu
Hari ini seperti biasa tepat jam 12 tengahari, aku dan kawan-kawan mengikuti kelas ‘bahasa dalam multimedia’. Setiap kali kelas Dr, aku tertanya-tanya apakah pula tugasan yang Dr, suruh buat hari ini. Setelah bereka-teki, akhirnya persoalan dalam fikiran aku terjawab. Hari ini kami diberikan tugasan untuk melakukan aktiviti diluar bilik kuliah. Kami dikehendaki mengambil gambar dengan pose-pose yang menarik tapi ada kaitan dengan simpulan bahasa. Kami pun keluar sekeliling fakulti untuk mengambil gambar dengan pose-pose yang menarik. Macam-macam ragam ahli kumpulan aku dalam menghasilkan pose-pose yang menarik. Yang paling aku tak boleh lupa masa kami nak buat asalah satu simpulan bahsa iaitu “ sudah jatuh di timpa tangga”. Seorang ahli kumpulan aku telah mengayakannya dengan baik tetapi yang kelakarnya orang jatuh tangga boleh senyum hehe.. Selain tu kami ada juga buat peribahasa yang lain seperti, ulat buku, cakar ayam, bagai anjing dengan kucing. Em.. pasal peribahasa ni pula aku tak sangka betul yang gambar kandid aku dengan geng ‘ wonderpets’ boleh dijadikan peribahasa tu.. tapi bila diperhatikan balik sesuai juga coz time tu aku macam tengah gaduh dengan dia padahal tak tak pun huhu. Setelah segalanya selesai, kami dikehendaki mempersembahkan kepada kawan-kawan dalam bentuk power point selama tujuh minit. Masa nak persembahkan tu memenga kami semuaberdebar, takut2 tak keluar lagu ke, tapi Alhamdulillah semunya berjalan dengan lancar.
Minggu berikutnya, kami diberi tugasan untuk membuat e-majalah. Macam biasalah temanya bebas tapi Dr. tak nak kami tiru yang dah ada kat mana-mana, maksudnya idea sendirilah. Kami dikehendaki mereka bentuk satu majalah yang siap dengan, grafik, tekas dan diwarnakan dalam masa yang ditetapkan. Huh.. tertekan lagi kali ni banyak tu sepuluh halaman.Memang setiap kali buat tugasan kelas ni aku dan kawan-kawan berasa tertekan. Bukan apa kami kena siapkan semuanya dalam masa kelas tu juga. Em sebut sahaja lukisan aku memang buta seni, bab2 melukis ni aku tak pandai, setakat lukis orang lidi tu bolehlah. Tapi memandangkan masa yang diberi bagitu singkat, aku cuba lah lukis juga sambil bagi idea kat kawan-kawan lain. untuk memudahkan kerja kami membahagikan tugasan kepada beberapa bahagian, ada yang lukis gambar, ada yang mewarna. Aku suka bab warna-warna ni.. bolehla juga daripada melukis tadi. Opps lupa aku nak cakap kami pilih tema perkahwinan. Nampak kawan-kawan aku suka sangat nak buat tema ni, ak tak kisah janji tugasan dapat disiapkan.
Aku ingat lagi, masa buat tugasan ni semuanya tak sempat siapkan masa di dalam kelas, jadi Dr telah menambah masa, boleh hantar pada pukul 2.10 di biliknya. Keluar sahaja kelas, kami terus menyerbu latar siswa untuk menyambung tugsanan tersebut dan menyiapkannya secepat mungkin. Akhirnya kumpulan aku berjaya menyiapkannya dan cepat-cepat meluru ke bilik Dr untuk menghantarnya. Berdebar juga takut kena komen teruk, tetapi nasib baik la dia tak marah malah dia cakap’ em.. boleh pun buat”.. pada ketika tu barulah kami rasa lega.
Huh.. setiap kali habis kelas multimedia, aku rasa satu kepuasan seolah-olah baru terlepas daripada satu bebanan. Aku rasa kawan-kawan pun mesti rasa cmtu kan… Namun di sebalik semua ini aku sentiasa berfikir yang sebenarnya kita mampu buat sesuatu jika kita betul –betul lakukannya. Walaupun masa yang diberi agak singkat tapi dengan kerjasama sesama ahli kumpulan, tugasan itu dapat dijayakan juga.
Memang pada mulanya aku sendiri tak percaya bagaimana nak siapkan e-majalah yang ada banyak halaman yang semuanya kena ada grafik dan warna. Dalam fikiranku, sempat ke nak buat semua ni?? Macam mana nak buat dalam masa singkat? Macam-macam aku fikrkan tentang tugasan ni. Namun apabila aku dan kawan-kawan bekerjasama bertungkus lumus berkongsi idea dan pendapat, akhirnya kami berjaya juga mengsilakan satu e-majalah. Walaupun tidak lah sempurna sangat tapi ia sudah memenui syarat-syarat yang dikehendaki.
Posted by miey at 8:41 PM 0 comments
tugasan seterusnya...
Pada minggu berikutnya pula, macam biasa lah aku dan kawan-kawan masuk ke kelas sebelum pulku 12. Maklumlah nak tanda tempat. Nanti kalau lambat kena duduk kat belakang. Silap2 kena potong markah huhu.. tapi pada hari tu pensyarah yang masuk mengajar kami bukannya macam biasa Dr. Normaliza tapi Dr. Arba’ie Sujud. Memang pada awal-awal dulu kami telah diperkenalkan dengannya, cuma tak sangka pula yang minggu tu dia masuk mengajar. . Sebenarnya kami dah excited apa pula tugasan saspen minggu ni. Alih-alih dengar kuliah Dr. Arba’ie tentang papan cerita. Ape tu papan cerita? macam mana nak buat, susah ke? Itu la ekspresi aku mula-mula dengar pun macam susah je.. tapi bila Dr. Arba’ie mula terangkan apa itu papan cerita, ia sangat menarik. Barulah aku tahu prosedur menghasilkan sesuatu papan cerita. Kuliah papan cerita ni telah membuka minda aku yang orang bahasa pun sebenarnya boleh terlibat dalam penghasilan seni kreatif seperti majalah ni. Macam Dr. Arba’ie cakap tak semestinya pandai melukis baru kita boleh ceburi bidang ni, tapi kita boleh menyumbang idea dalam penulisan papan cerita dengan menggunaka kepakaran bahsaa yang kita ada bagi menghasilkan satu bentuk cerita yang menarik.
Kuliah hari tu bertambah menarik apabila Dr. telah menunjukkan video berkenaan proses penghasilan majalah. Ia merupakan projek bersama Dr Arba’ie dan kawan-kawannya dalam menghasilkan sebuah majalah yang pada asalanya sebuah hikayat tapi diberi nafas baru dalam bentuk majalah. Daripada situ baru aku tahu, rupanya banyak lagi peluang pekerjaan lain yang boleh kami ceburi. Selama ni aku hanya terfikir yang budak bahasa ni akan kerja di perpustakaan, DBP, jadi editor dan sebagainya. Sebenarnya kita boleh jadi apa sahaja jika kita mahu dan lakukannya dengan bersungguh-sungguh. Di akhir kuliah tu kami diberi tugasan untuk membuat papan cerita, tajuknya berkaitan dengan Tsunami. Kami diarah menggambarkan suasana Tsunami itu dalam bentuk papan cerita dengan teks dan grafik yang sesuai. Walaupun kami baru belajar, aku dan kawan-kawan cuba menghasilkan satu papan cerita dengan mengambil satu insiden yang berlaku di Phuket di mana kejadian Tsunamii disaksikan oleh Pelancong dari tingkat atas hotel. Detik-detik cemas yang berlaku dan bagaimana ombak besar itu memusnahkan harta benda dan nyawa telah kami gambarkan dalam tugasan papan cerita tersebut.
Minggu berikutnya, Dr. Normaliza kembali mengajar kami. Awal-Awal lagi kami dah masuk kelas. Haa.. aku masih ingat lagi, hari tu ada dua tiga orang budak kelas aku yang datang lambat maksudnya lebih daripada pukul 12 tengahari. Emm… mesti dia orang ingat minggu ni Dr. Arba’ie lagi yang ajar. Korang nak tahu apa yang dia orang kena denda? Hehe.. kena reka pantun sacara spontan dan tujukan kepada Dr. Normaliza. Macam-macam la dia orang reka pantun sendiri, tapi ok la isi pantun tu dia orang minta maaf sebab lambat masuk kelas. Selepas semua dah siap berpantun, Dr. mulakan kelas. Aku dah mula berdebar apa pula yang kami kena buat minggu ni? Rupanya kami kena buat build board, papan iklan yang besar kat jalan tu biasanya banyak diletakkan di lebuh raya. Setelah diterangkan dengan jelas oleh Dr. barulah aku faham yang kami kena buat sekuel build board macam iklan yang ada kesinambungannya daripada satu iklan ke satu iklan. Temanya macam biasalah ‘bebas’. Cepat-cepat kami kena fikir dan tulis kat depan, nanti kalau sama dengan kumpulan lain susah pula.
Fikir punya fikir kami bersetuju nak buat papan iklan yang bertemakan “tayar”. Carita pasal tayar, kami kena buat enam papan iklan jadi kami telah berbincang untuk memperkenalkan beberapa jenis tayar yang sesuai digunakan mengikut jenis jalan. Ada yang sesuai untuk jalan lurus, ada pula untuk jalan berbukit, dan ada juga yang sesuai untuk jalan licin. Macam biasa lah syaratnya memang ketat, tak nak kertas tu berkedut langsung, tak nak comot-comot nanti tak diterima. Kami pun sedaya-upaya menyiapkannya dengan seteliti mungkin. Memang masa buat tugasan ni, kami rasa tertekan, nak siapkan suatu hasil yang baik dengan kekangan masa yang singkat. Kadang-kadang tension juga tapi bila difikrkan balik seronok juga buat tugasan camtu..
Posted by miey at 8:39 PM 0 comments
lawatan amal
Satu lagi tugasan penting, yang kami kena buat iaitu membuat lawatan amal ke rumah anak yatim dan mempersembahkannya dalam bentuk multimedia kepada Dr. di dalam kelas. Masa buat tugasan ni, aku memang tak boleh lupa. Pengalaman bersama anak yatim merupakan saat manis yang akan ku kenang sampai bila-bila. Aku dan kawan-kawan (wonderpets) bersama kumpulan Phoenix telah memilih Kompleks Kebajikan Rukaiyah di Bangi sebagai tempat kami lakukan tugasan tersebut. Penghuninya seramai 23 orang iaitu 8 orang lelaki dan 15 orang perempuan. Mereka yang tinggal di sini lingkungan 9 hingga 15 tahun. Kedatangan kami disambut dengan senyuman manis kanak-kanak ni.
Aku dan kawan-kawan telah mengatur beberapa aktiviti sepanjang hari tersebut. Antaranya senaman pagi , gotong royong, latihan tatabahasa, latihan dalam kumpulan (LDK), persembahan multimedia, dan sebagainya. Program kami dimulakan dengan senaman pagi bersama-sama. Kami semua berada di hadapan dan menunjukkan cara senaman manakala kanak-kanak ini mengikutnya. Setelah selesai bersenam, aktiviti diteruskan dengan gotong-royong membersihkan kawasan kompleks tersebut. Kami telah membahagikan kawasan supaya aktiviti ini berjalan dengan lancar. Aku dan kawan ditugaskan membersih di kawasan ampaian kompleks tersebut. Kami sama-sama mencabut rumput dan membersihkan kawasan tersebut. Huh dah penat gotong-royong kita rehat kejap minum pagi. Pada hari tu kami telah menyediakan roti beserta air mineral untuk mereka.
Sepanjang kami melakukan aktiviti bersama, aku dapat lihat terpancar kegembiraan pada wajah mereka. Aku masih ingat lagi, waktu membentangkan hasil kerja kumpulan, mereka juga turut mempersembahakan satu “cheers kepada kami. Tak sangka pula kanak-kanak daripada kumpulan aku mendapat tepukan gemuruh ketika mempersembahkannya. Pada hari tu, semua yang kami rancang berjalan dengan lancar. Begitu juga ketika kami memberi latihan tatabahasa kepada mereka. Aku cuba sedaya upaya berkongsi ilmu denga mereka, dan kanak-kanak ini memberi respon yang baik kepada kami. Sebelum pulang, kami memberikan sedikit cenderamata kepada mereka sebagi tanda penghargaan membantu kami menjalankan program tersebut. Aku sangat gembira dapat meluangkan masa dengan mereka. Sebagai tanda kenang-kenangan kami bergambar bersama. Pengalaman lawatan ke Kompleks Rukaiyah ni memberi seribu makna pada aku. Detik-detik bersama mereka sangat manis untuk dikenang.
Sebenarnya aku pun senasib dengan dia orang juga, anak yatim tapi Alhamdulillah mak aku masih mampu lagi menjaga aku adik-beradik dengan baik. Aku bersyukur sangat ada seorang ibu yang begitu tabah membesarkan kami walaupun tanpa insan yang bergelar suami. Aku lah yang membesar tanpa kasih sayang seorang ayah berbanding dengan abang dan kakakku. Mereka sempat juga menikmatinya, tapi aku masih kecil pada ketika itu dan tidak mengerti apa-apa. Namun aku berbangga dengan semangat ibuku yang bagitu cekal mendidik kami dan tidak pula menghantar kami ke kompleks kebajkan seumpama ni. Berkat usahanya, kami berjaya dididik dengan baik. InsyaAllah aku akan cuba sedaya upaya membalas jasanya. Walaupan aku tahu, tidak ternilai pengorbanan yang telah dilakukan sepanjang hidup ku.
Posted by miey at 8:38 PM 0 comments
aku dan kelas tutor...
Sekarang ni, aku nak cerita tentang kelas tutor pula. Aku ambil kelas tutor pada hari Khamis bermula pukul 5 hingga 7 malam. Tutor ayang ajar kumpulan 2 namanya Cik Alia bt Roslan. Orangnya cute dan comel. Kali pertama diperkenalkan dengannnya nampak serius, cara dia mengajar kami lebih kurang macam Dr. Normaliza, tegas dalam memberi arahan. Masa minggu-minggu awal tu, serius semacam je takut juga aku. Tapi bila dah lama-lama dia ok je sebenarnya. Biasalah mula-mula tak kenal, macam-macam lah persepsinya.
Tugasan pertama dalam kelas tutor ialah kami dikehendaki membuat persembahan multimedia menggunakan power point dengan mengambil isu global. Dalam masa yang singkat kami perlu menyatakan tajuk yang kami nak buat pada Cik Alia. Awal-awal lagi dia dah cakap tajuk yang kami kena buat tak boleh sama dengan orang lain. Maksudnya kami kena fikir tajuk yang sesuai dan mendapakan persetujuannya sebelum memebuat tugasan tersebut. Aku masih ingat lagi, pada mulanya aku terfikir nak buat slide tentang isu kenaikan harga minyak, tetapi tidak diterima. Alasannya harga minyak sudah turun huhu.. fikir punya fikir akhirnya aku telah memilih isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang iaitu penyakit Chikugunya yang kian menular di Asia termasuk di Malaysia.
Penyakit yang berpunca daripada nyamuk aegypti dan portado yang telah mengancam banyak nyawa, tidak kurang juga yang telah meninggal dunia akibat penyakit tersebut. Kawasan yang teruk dilanda penyakit Chikugunya ialah di India dan Sri Lanka. Tugasan ini kena persembahkan dihadapan kawan-kawan dan diambil markah. Aku berdebar sangat pada masa tu. Bermain-main di fikiran aku, siapa la yang kena present dulu. Sedang aku bedebar-debar tu nama akulah yang dipanggil oleh Cik Alia. Huh, orang pertama kena present. Debaran di dada makin kencang, harap-harap semuanya ok. Aku berbisik dalam hati tawakal sahajalah apa pun yang akan berlaku nanati. Alhamdulillah slide aku semuanya ok. Masa persembahkan slide tu, ada juga kawan-kawan aku yang tak dapat tunjuk hasil kerja mereka. Cian kat dia orang masa kat bilik semua ok tapi kat makmal tak boleh pula. Lambat ke, tak dengar sound ke, tak boleh present itu lah amaran yang dikeluarkan oleh CIk Alia semasa memepersembahkan tugasan tersebut. Memang aku simpati sangat kat kawaan-kwan yang tak boleh present tu. Huhu… cian dia orang Cik Alia tak nak bagi peluang persembahkan lagi. Dah penat-penat buat slide tak dapat present pula.. nak buat macam mana, kami akur sahaja..
Khamis berikutnya, kami diajarkan membuat kalendar guna adobe photoshop. Tugasan ini lah yang aku dapat tahu daripaad senior yang kami kena buat kalendar. Macam bisalah kelas ni memang mudah temanya ‘bebas. Masa mula-mula belajar tu, aku pakai buat sahaja.. rupa-rupanya aku silap step. Patutlah aku rasa aku buat cepat hehe. Maklumlah awal-awal tak tahu lagi nak explore macam mana. Lagi pun kat laptop aku tak ada adobe photoshop ni. Kalau tak dah lama aku explore sendiri. Masa buat kalendar ni, banyak pengalaman suka duka aku alami. Aku ni kan agak skema, masa belajar kami diajar membuat calendar saiz B5 jadi aku pun ikutlah.. tup tup bila aku dah nak siap sampai 12 bulan, baru aku tahu sebenarnya boleh sahaja nak buat saiz lebih besar nanti boleh adjust balik. Emm.. patutlah bila aku view calendar yang aku buat kecil dan memanjang, orang lain punya ok pula lebar huhu kena edit balik. Kalendar aku bertemakan diri aku sendiri dan ahli keluarga. ambil pemandangan, kemudian aku potong gmabar aku dan masukkan ke dalam pemandangan tu. Konon-kononya aku ambil gambar kat situ la. Yela nak pergi bukan senang buat gimik sahaja hehe.
Cerita pasal tutor lagi, minggu berikutnya kami belajar membuat laman web. Minggu ni best juga Cik Alia suruh buat laman web pasal diri sendiri. Antara elemen yang kena ade antaranya ialah biodata, famili, latar belakang pendidikan, gambar dan sabagainya. Pendek cerita semuanya pasal diri kita tak kisahlah nak cerita apa pun. Masa buat laman web ni aku memang seronok. Maklumlah dah pandai hyperlink, macam2 lah dibuatnya. Tapi, cakap pasal web ni, aku ade peristiwa sedih la, web aku kena virus huhuhu.. masa tu dah hampir siap, pendrive aku pula diserang virus. Memang tak tahu nak cakap apa lah. Tergamam aku sekejap terkejut tengok hasil kerja aku habis musnah semuanya. Yang paling sedihnya pendrive aku rosak teruk tak boleh diselamatkan lagi. Dengan perasaan sedih, aku terpaksalah buat yang baru. Nasib baiklah aku masih ingat lagi apa yang aku buat dan ada back up sikit2.
Tiba pula hari nak tunjukk kat Cik Alia, aku dah pening waktu tu kenapalah bila aku cuba kat bilik semuanya ok, tapi bila kat makmal settingnya berubah. Memang panik juga masa tu. Laptop aku ada mozila sahaja, tak ada explorer jadi aku tak tahulah. Yang kat makmal pula prefer dengan explorer habis setting laman web aku lari. Berdebar juga masa Cik Alia datang cek, aku pun tanya kenapa boleh jadi camtu.. dia cakap memang tu perkara biasa. Fuhh… leganya aku setelah mendengar jawapannya. Memang dugaan betul la masa buat web ni. Aku memang tak akan lupa saat-saat genting tu.
Ok, aku nak kongsi cerita pasal tugasan tutor kami yang terakhir. Selepas belajar membuat laman web, minggu ni kami belajar membuat blog pula. Kali ini kami telah diarahkan untuk menemubual seorang tokoh bahasa dan memasukkan butir-butir tersebut dalam blog msing-masing. Aku dan kawan-kawan telah memilih seorang tokoh bahasa yang telah banyak menghasilkan buku iaitu Dr. Arbak Othman yang merupakan salah seorang pensyarah di fakulti kami iaitu Fakulti Bahasa Moden dan Komunukasi. Aku pun pernah mengambil subjek Sosiolinguistik dengan beliau. Kalau tak silap masa semester 3 dulu. Dia memang seorang yang pakar dalam bahasa dan terkenal di kalangan ahli bahasa., khususnya dalam bidang sosiolinguistik.
Posted by miey at 8:36 PM 0 comments
Detik akhir kuliah multimedia
Berbalik kepada kelas bahasa dalam multimedia, hari ini aku telah diberikan satu tugasan terakhir bagi subjek Bahasa dalam multimedia. Tajuk tugasan yang aku dikena buat adalah ‘Ketika dan Kalimat’. Bila dengar tajuk tugasan ini, aku agak terkejut dan tertanya-tanya, apa itu ketika dan kalimat?. Kami kena buat persembahan multimedia lagi ke..apa bila Dr. Normaliza menerangakan cara pembuatannya baru lah aku tahu, rupanya kami kena tulis satu esei yang menceritakan apa yang berlaku dan perasaa kita sepanjang mengikuti subjek, Bahasa dalam multimedia ini. Segala masalah, perasaaan, dan sebagainya perlu kami ceritakan dalam tugasan yang terakhir ini, iaitu ‘Ketika dan Kalimat’.
Emm.. baru lah aku faham kenapa tajuk tugasan ni ‘Ketika dan Kalimat’. Ketika ni mungkin membawa maksud ketika aku mengikuti subjek ni di dalam kelas, manakala kalimat mewakili segala luahan perasaan, sama ada, gembira, suka, duka, dan segala perasaan yang dialami sepanjang kelas tersebut. Melalui tugasan inilah kami boleh meluahkan apa sahaja pengalaman dan perasaan pahit, manis yang diharungi bersama penyarah, tutor dan kawan-kawan. Ketika dan kalimat ini cukup bermakna bagi aku kerana sedikit sebanyak aku dapat berkongsi tentang pengalaman aku sepanjang mngikuti kelas ni. Segala yang berlaku bagitu manis untuk dikenang dan tak mungkin aku lupa..
Okla, dah panjang lebar aku cerita pasal kelas bahasa dalam multimedia ni. Aku harap korang dapat tahulah serba sedikit apa perasaan aku sepanjang mengikuti kelas ni. Memang aku tak nafikan yang kelas ni selalu buatkan aku tertekan masa nak menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan tu. Tapi sebenarnya aku tahu disebalik semua ni ada kebaikannya. Walaupun kita rasa amat tertekan pada masa nak siapkan tu tapi kita rasa amat lega setelah menyelesaikannya. Kepuasan yang kita rasai itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Waktu kelas terakhir kelas ini, kami dibagikan kertas yang mengandungi perkataaan-perkataan yang berkaitan subjek bahasa dalam multimedia. kami dikehendaki mencari perktaan-perlataan tersebut di dalam kertas yang telah dicampur-camput hurufnya. Kumpulan yang paling banyak dapat mencari perkataan tersebut, akan mendapat markah. Selepas itu, dengan kertas yang sama kami diarahkan membuat satu lagi tugasan iaitu membuat origami. Dengar macam mudah, tapi kami kena buat origami tu mengikut langkah-langkah tertentu. Dr menunjukkan cara memebuatnya melalui skrin di hadapan kelas. Dia bagi masa kami buat mengikut langkah demi langkah. Jika dia telah beralih ke langkah seterusnya, dia tak akan mengulang balik langkah sebelumnya. Jadi kami terpaksa membuatnya cepat-cepat. Tapi aku ni bukan kreatif, apabila dah banyak langkahnya, aku dah tak boleh buat lagi. Namun aku dibantu oleh ahli kumpulan aku, dan akhirnya kami berjaya menghasilkan origami tersebut. Mungkin tugasan ini namak mudah, tetapi disebaliknya tesimpan seribu maksud. Sikap tolong menolong mesti ada ketika menyiapkan sesuatu tugasan. Walau semudah atau sesukar mana pun sesuatu itu, tapi dengan kerjasama antara ahli kumpulan akan membuahkan hasil yang tidak ternilai.
Posted by miey at 8:33 PM 0 comments
Sekalung Penghargaan
Akhir kata, aku berasa sangat bertuah kerana berpeluang mengikuti kursus ini. Subjek ‘Bahasa dalam Multimedia’ banyak memberi pengalaman kepada aku dan kawan-kawan. Pelbagai pengetahuan baru yang aku dapat belajar berkaitan dengan multimedia. Setelah mengikuti kelas ni aku mendapat sedikit pengetahuan dalam membuat kalendar, laman web dan juga blog. Pengetahuan sebegini tak mungkin aku dapat dengan semudah ni jika aku berada di luar. Semoga Ilmu yang aku dapat ini, boleh dikongsi dengan kawan-kawan lain pula. Jutaan terima kasih kepada semua yang telah memberi tunjuk ajar pada aku, khususnya kepada Dr. Normaliza bt Abd Rahim, Dr. Arba’ie b. sujud dan tutor aku, Cik Alia bt Roslan. Tak lupa juga kepada kawan-kawan yang telah banyak membantu dan memberi sokongan kepada aku semasa menyiapkan tugasan –tugasan yang diberikan. Segala pengalaman dan kenangan bersama tak akan aku lupakan sampai bila-bila. TERIMA KASIH BANYAK2 untuk semuanya… senyum sokmo :-) wasalam.
Posted by miey at 8:31 PM 0 comments